竞赛条规

terms & condition (Bahasa Malaysia)

(用於所有由one FM所主办的在线、普通以及广播比赛)
 
1.Melainkan dinyatakan sebaliknya di dalam peraturan-peraturan khas, tiada individu dibenarkan untuk menyertai mana-mana peraduan lebih daripada sekali.
 
2.Hadiah-hadiah hendaklah dituntut dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pemberitahuan. Selepas tempoh tersebut, hadiah-hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan pemberian-pemberian mereka. Adalah difahami bahawa one FM memiliki hak mutlak ke atas hadiah-hadiah yang tidak dituntut. one FM tidak akan membuat sebarang pemberitahuan kepada para pemenang berkenaan baki tempoh yang tinggal. Pemenang-pemenang mempunyai tanggungjawab mutlak menuntut hadiah-hadiah yang dimenangi di dalam tempoh yang dinyatakan di atas.
 
3.Kecuali dinyatakan sebaliknya kepada pemenang-pemenang, hadiah-hadiah perlu dituntut secara sendiri oleh pemenang-pemenang. Semasa menuntut hadiah, pemenang dikehendaki untuk menunjukkan pengenalan diri yang mana pengenalan diri tersebut adalah dokumen bergambar pemenang tersebut, sebagai contoh, antara lainnya adalah termasuk kad pengenalan, lesen memandu dan pasport.
 
4.Jika one FM memilih untuk menghantar satu-satu hadiah melalui pos atau kourier, one FM tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan dan jaminan penyerahan hadiah melalui pos. one FM secara nyata melepaskan segala liabiliti dan tanggungjawab yang timbul hasil daripada kehilangan, Kerosakan atau kegagalan penyerahan hadiah.
 
5.Dalam keadaan-keadaan tertentu dan tertakluk kepada budibicara mutlak one FM , seseorang pemenang boleh melantik wakil yang ditentukan untuk menuntut hadiah. Kebenaran bertulis dan pengenalan diri untuk kedua-dua pemenang dan wakil hendaklah dikemukakan semasa tuntutan dibuat.
 
6.Jika seseorang pemenang memilih untuk menolak penerimaaan sesuatu hadiah, hak pemenang tersebut akan dibatalkan ke atas hadiah tersebut, yang mana ianya akan diuruskan menurut budibicara penuh one FM .
 

7.Pemenang-pemenang di bawah umur 18 tahun hendaklah diiringi oleh ibu/bapa/penjaga sah semasa tuntutan hadiah. Kedua-dua pemenang dan ibu/bapa/penjaga sah perlu menandatangani peraturan-peraturan am peraduan ini serta menunjukkan pengenalan diri yang secukupnya.
 
8.Salinan-salinan peraturan-peraturan am dan hendaklah dikemukakan peraduan hendaklah ditandatangani atau disahkan oleh mana-mana pemenang apabila diminta oleh one FM.
 
9.Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahmilik, mesti digunakan dalam tempoh masa yang ditetapkan (yang mana berkenaan) dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai.
 
10.Risiko penggunaan/pengambilan hadiah-hadiah adalah di bawah tanggungan pemenang-pemenang secara keseluruhannya, dan one FM melepaskan kesemua jaminan dan tanggungjawab ke atas sebarang hadiah sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang.
 
11.one FM , ejen-ejennya, penaja-penajanya, wakil-wakilnya dan pihak-pihak yang berkaitan dengannya adalah tidak bertanggungjawab ke atas hadiah-hadiah yang rosak atau penyalahgunaan mana-mana hadiah, atau apa-apa tuntutan, liabiliti, kerugian atau kerosakan yang timbul, hasil daripada atau berkaitan dengan apa-apa peraduan yang dipromosikan atau dianjurkan oleh one FM.
 

12.Berkenaan apa-apa hadiah yang membabitkan penyertaan di dalam apa-apa aktiviti:

(a) one FM dan pekerja-pekerjanya serta ejen-ejennya adalah dilepaskan dan dilindungi oleh pemenang berkaitan apa-apa tuntutan kemalangan, kecederaan, kerosakan hartabenda atau kehilangan nyawa berkaitan dengan penyertaan seseorang pemenang untuk sesuatu hadiah.

(b) Di atas budi bicara mutlak one FM , pemenang boleh diminta untuk menandatangani satu persetujuan indemniti atau perlindungan dalam bentuk yang dikehendaki oleh one FM sebagai salah satu prasyarat pemilikan hadiah.

(c) Jika pemenang adalah di bawah umur 18 tahun, ibu/bapa/penjaga sah boleh di atas budi bicara mutlak one FM menandatangani satu persetujuan indemniti atau perlindungan dalam bentuk yang dikehendaki oleh one FM dan persetujuan kebenaran untuk penyertaan pemenang untuk sebagai salah satu prasyarat pemilikan hadiah pemenang tersebut.
 
13.Jika sesuatu hadiah yang dinyatakan tidak dapat disediakan hasil daripada keadaan-keadaan yang tidak dapat dijangkakan atau dielakkan, one FM boleh menggantikan hadiah tersebut dengan hadiah yang hampir serupa atau dengan hadiah yang lain bernilai sama mengikut budi bicara mutlak one FM .
 
14.Melainkan dinyatakan sebaliknya, untuk sebarang hadiah perjalanan yang membabitkan penerbangan, kelas perjalanan adalah kelas ekonomi.
 
15.Pemenang juga boleh dikehendaki oleh one FM untuk mengambil bahagian di dalam sesi foto, video dan/atau filem dan hendaklah mengiktiraf bahawa one FM mempunyai hak untuk menggunapakai gambar-gambar publisiti, video-video dan/atau filem-filem dalam apa jua medium dan dalam apa jua cara yang one FM fikirkan perlu dan sesuai, melainkan seseorang pemenang itu pada masa penyertaan peraduan meminta one FM untuk tidak mendedahkan identitinya. Sekiranya peserta meminta supaya one FM tidak mendedahkan identitinya, one FM mempunyai budi bicara mutlak sama ada untuk menerima atau tidak.
 
16.Penyertaan-penyertaan peraduan dan sebarang material yang dihantarserah berkaitan dengan mana-mana peraduan (sama ada bertulis, berbentuk audio atau visual, atau kombinasi kedua-duanya) atau apa-apa gambar, video dan/atau rakaman filem atau rakaman audio yang diambil ke atas peserta-peserta adalah hakmilik one FM . one FM berhak untuk menggunakan material tersebut dalam apa jua medium dan dalam apa jua cara yang munasabah yang difikirkan perlu. Hakcipta material-material tersebut di dalam ini juga adalah hakmilik one FM semata-mata.
 
17.one FM berhak untuk menerbitkan, menyiarkan atau selainnya mendedahkan nama sesorang pemenang atau nama seseorang pesaing, perwatakan, perilaku, kenyataan atau apa-apa rakaman suara yang terbabit dalam pengiklanan atau aktiviti-aktiviti promosi yang melibatkan peraduan yang dimenangi, atau peraduan-peraduan one FM secara amnya. one FM berhak untuk mempromosikan atau mengiklankan seseorang pemenang dalam sesuatu peraduan. Semua pemenang adalah dengan ini bersetuju bahawa penggunaan nama mereka untuk tujuan pengiklanan, perniagaan atau promosi oleh one FM tanpa sebarang pampasan tambahan.
 
18.Para pemenang adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa dan segala cukai yang perlu dibayar ke atas hadiah-hadiah yang diberikan kepada atau diterima oleh mereka.
 

19.Sekiranya dalam transaksi sesuatu peraduan:

a) talian telefon terputus ; atau
b) terdapat gangguan terhadap talian telefon semasa peraduan diadakan termasuklah situasi di mana terdapat beberapa talian telefon yang digunakan) atau;
c) dua talian telefon saling bersaling (cross line) ketika peraduan ke udara diadakan
 

20.one FM mempunyai budibicara mutlak:

· untuk membatalkan penyertaan mana-mana pemanggil atau pemanggil-pemanggil yang tertentu
· untuk tidak bertanggungjawab memberi sesuatu hadiah kepada pemanggil atau pemanggil-pemanggil yang tertentu; dan boleh memberi hadiah kepada individu lain yang tertentu mengikut budibicara mutlaknya. · Di mana di dalam keadaan-keadaan tersebut keputusan-keputusan yang dibuat oleh one FM adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau perbincangan adalah tidak akan dilayan.
 
21.one FM memiliki hak dan mempunyai budi bicara penuhnya untuk membatalkan penyertaan mana-mana individu yang ditakrifkan sebagai menggangu untuk tujuan menipu proses kemasukan atau penyertaan; atau operasi Peraduan atau kawasan, berkelakuan dalam keadaan melanggar atau berpotensi untuk melanggar mana-mana peraturan di dalam Peraturan-peraturan dan Kaedah-kaedah di dalam ini. Tiada sebarang surat-menyurat akan dilayan dalam keadaan ini one FM selanjutnya mempunyai hak untuk membatalkan, mengubahsuai, menggantung atau menangguhkan peraduan dalam keadaan-keadaan yang tidak dapat dielakkan yang mana adalah di luar bidangkuasa yang munasabah.
 

22.Individu-individu adalah tidak layak untuk menyertai dan/atau memenangi sesuatu peraduan sekiranya:

a) mereka adalah merupakan pekerja-pekerja atau ahli-ahli keluarga terdekat kepada pekerja-pekerja one FM, Media Prima sesuatu penaja/agensi pengiklanan atau agensi yang berkaitan dengan peraduan yang berkaitan.

b) Mereka telah memenangi sesuatu hadiah/hadiah-hadiah daripada 
Media Prima Radio Network atau dalam mana-mana peraduan one FM dalam masa 30 hari penyertaan peraduan tersebut yang apabila dinilai secara individu atau kolektif mencapai RM100.00 melainkan dinyatakan sesalinnya.

c) Mereka telah memenangi hadiah bernilai RM101.00 sehingga RM500.00 daripada 
Media Prima Radio Network atau dalam mana-mana peraduan Media Prima Radio Network dalam tempoh 60 hari sebelum penyertaan peraduan tersebut melainkan dinyatakan sebaliknya

d) mereka telah memenangi hadiah bernilai RM501.00 sehingga RM1,000.00 daripada 
Media Prima Radio Network atau dalam mana-mana peraduan Media Prima Radio Network dalam tempoh 60 hari sebelum penyertaan peraduan tersebut melainkan dinyatakan sebaliknya.

e) mereka telah memenangi hadiah bernilai RM 1001.00 sehingga RM9000.00 atau lebih daripada 
Media Prima Radio Networkatau dalam mana-mana peraduan Media Prima Radio Network dalam tempoh 240 hari sebelum penyertaan peraduan tersebut melainkan dinyatakan sebaliknya.

f) mereka telah memenangi hadiah bernilai RM10,000.00 atau lebih daripada 
Media Prima Radio Network atau dalam mana-mana peraduan Media Prima Radio Network dalam tempoh 12 bulan sebelum penyertaan peraduan tersebut melainkan dinyatakan sebaliknya.

g) didapati bahawa mereka telah menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu nama untuk melayakkan diri untuk memenangi hadiah daripada 
Media Prima Radio Network.
 
23.Peserta-peserta mengiktiraf bahawa one FM masih boleh menggunapakai Peraturan 18 dan/atau Peraturan 19 walaupun one FM hanya menyedari ketidaklayakan seseorang individu selepas one FM telah atau kelihatan telah menyerahkan hadiah kepada individu yang tidak layak tersebut. Pemulangan hadiah atau pembayaran wang tunai yang sama nilainya dengan hadiah tersebut kepada one FM boleh dituntut oleh one FM dalam situasi sebegini.
 

24.one FM berhak untuk memasukkan informasi berkenaan penyertaan mana-mana peserta ke dalam apa-apa sistem data utama untuk kegunaan dalam apa-apa perkara.
 
25.Di mana one FM mempunyai syarat-syarat serta peraturan-peraturan khas berkaitan peraduan tertentu, syarat-syarat serta peraturan-peraturan khas tersebut adalah terpakai dalam keadaan di mana syarat-syarat khas tersebut adalah tidak konsisten dengan perkara-perkara am di dalam ini.
 
26.Individu di bawah umur 18 tahun adalah tidak layak untuk menyertai apa-apa peraduan sekiranya peraduan tersebut melibatkan pemberian hadiah yang merangkumi sesuatu kenderaan atau voucher kenderaan melainkan syarat-syarat khas menyatakan sebaliknya.
 
27.Kegagalan one FM untuk menguatkuasa mana-mana peraturan-peraturan dalam apa jua keadaan tidak akan memberi sebarang tuntutan hak kepada mana-mana individu.
 
28.Penafian-Penafian: Dengan penyertaan peraduan, setiap peserta bersetuju bahawa one FM, one FM、Radio Wanita Sdn Bhd (Formerly known as," Radio Wanita Bhd" Company no. 487469 A), pekerja-pekerjanya, pegawai-pegawainya, pengarah-pengarah, ejen-ejen, badan-badan atau individu-individu yang berkaitan dengannya, syarikat induk, syarikat-syarikat naungannya dan wakil-wakilnya ("Penaja Peraduan") adalah tidak bertanggungjawab atau bertanggungrugi untuk sebarang kerosakan, kerugian, kecederaan, hak, tuntutan atau tindakan dalam apa jua bentuk yang berkaitan dengan peraduan tersebut, atau hasil daripada penerimaan, penyimpanan, penggunaan/penyalahgunaan hadiah-hadian, atau penyertaan dalam peraduan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada kecederaan peribadi, kematian, kerosakan harta benda dan tuntutan berdasarkan hak-hak publisiti, fitnah atau pencabulan privasi. Setiap perserta selanjutnya bersetuju bahawa penaja-penaja peraduan tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungrugi terhadap mana-mana kelewatan penyertaan (termasuk transmisi data yang lewat), kacau ganggu, kekeliruan, ketidaksiapan, salah arah, kehilangan, kecacatan, kelewatan, kerosakan, penduaan atau selainnya yang tidak selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Syarat-Syarat di dalam ini.
 
29.one FM penyertaan melalui Internet adalah dipertanggungjawabkan di bawah risiko mutlak peserta. Penaja-penaja peraduan adalah tidak bertanggungjawab atau bertanggungrugi dan tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungrugi ke atas sebarang kecederaan atau kerosakan terhadap peserta-peserta atau mana-mana komputer individu berkaitan dengan atau hasil daripada penyertaan atau muat turun material-material yang berkaitan dengan peraduan tersebut. Penaja-penaja peraduan juga adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan, ketidakmasukan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi akibat teknikal, perkakasan, perisian atau sebarang kegagalan telefon daripada sebarang segi, kehilangan atau ketiadaaan hubungan rangkaian, kegagalan hubungan komunikasi, kegagalan server, atau kegagalan, ketidaknyataan, ketidaksiapan, ketidaktepatan, kekeliruan, atau kelewatan komunikasi elektronik yang disebabkan oleh peserta-peserta atau daripada mana-mana peralatan atau program berkaitan dengan atau yang digunakan di dalam peraduan tersebut atau kesesakan trafik di dalam Internet atau di dalam mana-mana laman web, atau terjadi akibat kesilapan manusia yang mungkin terhasil daripada pemprosesan penyertaan-penyertaan peraduan tersebut, atau mana-mana kombinasi daripadanya.
 

30.Peraduan ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Peraduan ini adalah terbatal jika ianya adalah dilarang atau dihalang oleh mana-mana undang-undang tempatan, negeri, negara atau mana-mana undang-undang kerajaan. Peraduan ini juga adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan dan Syarat-Syarat di dalam ini.

Kelayakan-kelayakan atau halangan-halangan khas boleh diaplikasikan kepada peraduan - peraduan tertentu, yang mana dalam kes tersebut suatu penambahan terhadap peraturan - peraturan ini akan dinyatakan. Peraturan-peraturan ini boleh ditukar pada bila-bila masa oleh one FM tanpa memerlukan sebarang notis awal.
 
31.Syarat Penyertaan : Untuk sebarang peraduan di one FM, peserta mestilah warganegara Malaysia.
 
32.Bagi setiap pemenang yang memenangi wang tunai, wang tunai akan diberikan dalam bentuk cek. Cek akan mengambil masa 30 - 90 hari untuk diproses.

one-INSTAGR.AM


FACEBOOK one FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?